Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KETIBAAN JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENERBANGAN KETIGA BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1444H/2023M


​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Jumaat, 18 Zulhijjah 1444H bersamaan 07 Julai 2023M-Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Ketiga telah selamat mendarat pada jam 8.37 pagi tadi.

Ketibaan seramai 252 orang Jemaah Haji di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Datin; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi Ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama;   dan Ahli-Ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pengarah-pengarah urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.

Seramai 252 orang Jemaah Haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Perubatan dan Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd

Bagi memberkati kepulangan Jemaah Haji, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Kaharuddin bin Mohd Ali, dari kalangan Jemaah.

Attachments