Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KETIBAAN ROMBONGAN ADVANCE PARTY PEGAWAI PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI PENTADBIRAN DAN PERUBATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI

KETIBAAN ROMBONGAN ADVANCE PARTY PEGAWAI PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI PENTADBIRAN DAN PERUBATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, K​hamis, 25 Zulhijjah 1444H bersamaan 13 Julai 2023M-Seramai 12 orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Pentadbiran dan Perubatan bagi Musim Haji 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang terdiri daripada 04 orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran dan 08 orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Perubatan telah selamat pulang ke tanah air lewat malam tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Pentadbiran iaitu Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad telah bertolak ke Kerajaan Arab Saudi pada 25 Mei lalu bagi membuat persiapan-persiapan awal bersama pihak-pihak berkenaan di Kerajaan Arab Saudi mengenai pengurusan hal ehwal haji sebelum ketibaan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ke Tanah Suci.

Hadir bagi menyambut kepulangan rombongan tersebut di Lapangan Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammaaad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Izzuddin bin Haji Abd Rani, Penolong Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji - Madinah Munawwarah.

​​


Attachments