Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MESYUARAT TAHUNAN PERSIAPAN PENGURUSAN HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445 HIJRAH/ 2024 MASIHI

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ​​​ ٱلرَّحِيم​


Berakas, Rabu, 3 Rabiulakhir 1445H bersamaan 18 Oktober 2023M-Mesyuarat Persiapan Pengurusan Haji Bagi Musim Haji Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi telah diadakan pada petang tadi di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam bersama Kementerian Haji dan Umrah, Arab Saudi secara atas talian.
Mewakili Kementerian Hal Ehwal Ugama pada mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Yang Mulia Awang Haji Farhan bin POKPM DP Haji Abdul Ghani; Pengarah Urusan Haji, Yang Mulia Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, dan Ataci Perhubungan Haji, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah. Yang Mulia Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang.
Mesyuarat berkenaan membincangkan mengenai kuota jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim Haji tahun 1445H/2024M, pengangkutan dan penginapan di Arafah dan Mina, peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan jemaah haji Negara Brunei Darussalam.
Hasil dari mesyuarat ini akan disusuli dengan mesyuarat peringkat Menteri pada bulan Januari nanti di Arab Saudi.​​

Attachments