Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERSIDANGAN DAN PAMERAN HAJI DAN UMRAH DAN PENANDATANGANAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1445/2024 DI ARAB SAUDI

PERSIDANGAN DAN PAMERAN HAJI DAN UMRAH DAN PENANDATANGANAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1445/2024 DI ARAB SAUDI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​​

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 24 Jamadilakhir 1445 bersamaan 06 Januari 2024–Rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam pagi tadi berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah (Hajj and Umrah Conference and Exhibition) yang akan diadakan bermula 08 Januari hingga 11 Januari 2024 di Jeddah Superdome, Arab Saudi.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan juga akan menghadiri Majlis Penandatanganan Perjanjian Persefahaman Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1445/2024.

Penandatanganan tersebut adalah hasil daripada Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Jemaah Haji

Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445/2024 yang telah diadakan secara dalam talian pada 18 Oktober 2023.

Ikut serta dalam rombongan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ialah Pengarah Urusan Haji, Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad;  Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Urusan Haji, Yang Mulia Awang Haji Mohd. Hisham bin Haji Maidin;  dan Pegawai Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Mohammad Masdi bin Rosli.

Penyertaan Negara Brunei Darussalam ke Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah, dan seterusnya Majlis Penandatanganan Perjanjian Persefahaman Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1445/2024 adalah dihasrat akan mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara kedua-dua buah Negara.


Attachments