Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MESYUARAT PENGURUSAN HAJI DAN PENANDATANGANAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1445H/2024M

MESYUARAT PENGURUSAN HAJI DAN PENANDATANGANAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Rabu, 28 Jamadilakhir 1445 bersamaan 10 Januari 2024–Perjanjian Persefahaman Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1445H/2024M dimeterai hari ini di Superdome, Jeddah, Arab Saudi.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei

Darussalam, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Yang Mulia Dr. Abdul Fattah bin Sulaiman Mashat.

Sebelum majlis penandatangan tersebut, satu perjumpaan dua hala telah diadakan untuk membincangkan hal ehwal pengurusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H / 2024M.

Turut hadir pada majlis tersebut, Tuan Yang Terutama Duta Besar, Mutlak dan Istimewa Negara Brunei Darussalam ke Riyadh Arab Saudi dan juga rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Perjanjian Persefahaman Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1445H/2024M adalah hasil daripada Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M yang telah diadakan secara dalam talian pada 18 Oktober 2023 lalu.

Terdahulu, pada 8 Januari 2024, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam beserta rombongan telah menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah di Arab Saudi dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia, Putera Saud bin Mashal bin Abdul Aziz, Timbalan Gabenor Wilayah Makkah di Superdome, Jeddah Arab Saudi.



Attachments