Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/ 2024M SELAMAT TIBA DI MADINA AL-MUNAWWARAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

​Madinah, Sabtu, 16 Zulkaedah 1445 bersamaan 25 Mei 2024–Penerbangan Ketiga bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam menggunakan pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI4205 membawa seramai 253 orang telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 2:31 petang waktu Madinah.

Pada Penerbangan Ketiga ini, seramai 44 orang bakal jemaah Haji dari Al-Hijrah Travel & Tours Sdn.Bhd. iaitu 19 orang lelaki dan 25 orang perempuan; At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd seramai 54 orang bakal Jemaah Haji iaitu 31 orang lelaki dan 23 orang perempuan; Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd. seramai 59 orang bakal jemaah Haji iaitu 31 orang lelaki dan 28 orang perempuan; Raudah Al-Amin Sdn. Bhd seramai 28 orang bakal jemaah Haji iaitu 14 orang lelaki dan 14 orang Perempuan; dan Titian Travel & Tours Sdn. Bhd seramai 61 orang bakal Jemaah Haji iaitu 27 orang lelaki dan 34 orang Perempuan. Turut mengiringi bakal jemaah Haji di Penerbangan Ketiga ini ialah 3 orang pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan).

Juga turut serta di dalam Penerbangan Ketiga, para pegawai dari Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd.(DSSB); Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn.Bhd; Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn.Bhd; Syarikat Dar El-Ehsan Travel Sdn. Bhd; dan Syarikat Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah bagi menyambut ketibaan bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam di Penerbangan Ketiga ini ialah Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi di Riyadh; Yang Mulia Awang Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani, Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah; Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Dr. Haji Mohd Athaaillah bin Haji Abdullah, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan); serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).

 

Foto: JUH​


Attachments