Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENERBANGAN KEEMPAT BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/ 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Ahad, 17 Zulkaedah 1445 bersamaan 26 Mei 2024–Penerbangan Keempat bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI4207. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 2:40 petang waktu tempatan (waktu Madinah).

Penerbangan Keempat ini membawa jumlah keseluruhan 252 orang bakal jemaah Haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).

Penerbangan Keempat ini, seramai 249 orang bakal jemaah Haji, iaitu 116 orang lelaki dan 133 orang perempuan mengikuti Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. 

Turut mengiringi bakal jemaah Haji bagi Penerbangan Keempat tersebut ialah tiga (3) orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) iaitu terdiri seorang (1) lelaki dan dua (2) orang perempuan.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan; Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas.   Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Imam Haji Hamdini bin Haji Garif, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 

​​Foto: i-Ready BPAAM​


Attachments