Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENERBANGAN KEEMPAT BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/ 2024M SELAMAT TIBA DI MADINAH AL-MUNAWWARAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Madinah, Ahad, 17 Zulkaedah 1445 bersamaan 26 Mei 2024–Penerbangan Keempat bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam yang menggunakan pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI4207 membawa seramai 252 orang telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 2:45 petang waktu Madinah. 

Penerbangan Keempat ini, seramai 249 orang bakal jemaah Haji Negara, iaitu 116 orang lelaki dan 133 orang perempuan mengikuti Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. 

Turut mengiringi bakal jemaah Haji bagi Penerbangan Keempat tersebut ialah tiga (3) orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) iaitu seorang (1) lelaki dan dua (2) orang perempuan.

Hadir bagi menyambut ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ialah Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi di Riyadh;  Yang Mulia Awang Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani, Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah;  Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam;  Yang Mulia Dr. Haji Mohd Athaaillah bin Haji Abdullah, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan); serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).

 

Foto: JUH​


Attachments