Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH BAGI TAHUN 1446 HIJRAH / 2024 MASIHI


 

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

 

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH (KAHU)

TAHUN 1446 HIJRAH / 2024 MASIHI

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Asas Haji dan Umrah bagi Tahun 1446H/2024M akan dikendalikan sebanyak enam (6) sesi di tujuh (7) buah masjid yang terpilih di seluruh negara bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sebagaimana keterangan berikut:

 

Tarikh Kursus:

25 Ogos 2024M

01, 08, 15, 22 dan 29 September 2024M.

 

Tempat Kursus:

 

Daerah Brunei dan Muara:

•Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop

•Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong

•Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri,  dan

•Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba

 

Daerah Tutong:

•Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

 

Daerah Belait:

•Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

 

Daerah Temburong:

•Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti Kursus tersebut pada tarikh-tarikh, masa dan tempat-tempat yang dinyatakan di atas.





Attachments