Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YANG MULIA DATO JAMEEL SULAIMAN BONDAGJY, PENGERUSI SYARIKAT NOZOLY DI ARAB SAUDI SELAKU PENYEDIA PERKHIDMATAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

23.9.2024 KH YB MHEU DARIPADA PENGERUSI SYARIKAT NOZOLY 1.jpg

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Isnin, 19 Rabiulawal 1446 bersamaan 23 September 2024–Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Yang Mulia Dato Jamil Sulaiman Bondagjy, Pengerusi Syarikat Nozoly di Arab Saudi, yang merupakan penyedia perkhidmatan haji bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Makkah, Madinah, dan Mashaer (Arafah dan Mina).

Kunjungan hormat tersebut telah berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Mulia Dato Jamil Sulaiman Bondagjy mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan jemaah haji Negara Brunei Darussalam, khususnya Pejabat Urusan Jemaah Haji, atas kejayaan pengurusan haji bagi musim haji tahun 1445H / 2024M yang berjalan dengan cemerlang. Jemaah haji Negara Brunei Darussalam juga telah melaksanakan ibadat haji dengan lancar dan sempurna. Beliau seterusnya berharap agar kerjasama yang terjalin dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Pengarah Urusan Haji; serta pegawai-pegawai Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu, Yang Mulia Dato Jamil Sulaiman Bondagjy mengadakan perjumpaan dengan Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, di Bilik Mesyuarat Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan persiapan pengurusan Jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1446H /2025M, khususnya bagi meneliti perkhidmatan haji di Mashaer (Arafah dan Mina) sebagai usaha untuk menambah baik pengurusan haji pada musim haji akan datang.

Perjumpaan bersama Dato Jameel 23 Sept 2024 1.jpg​​ 


Attachments