Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

HEALTH REQUIREMENTS AND RECOMMENDATIONS FOR TRAVELERS FOR UMRAH AND VISIT 1446H/2025M

Sabtu, 05 Jamadilakhir 1446H bersamaan 07 Disember 2024M - Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Arab Saudi mengenai Garis Panduan Kesihatan bagi Individu yang akan Melancong Ke Arab Saudi Untuk Menunaikan Ibadat Umrah atau Membuat Lawatan Ke Dua Masjid Suci bagi Tahun 1446H / 2025M (“Health Requirements And Recommendations For Travelers For Umrah And Visit 1446H / 2025M")

Antara perkara yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Kementerian Kesihatan Arab Saudi  memestikan semua individu yang melancong ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadat umrah atau membuat lawatan ke Dua Masjid Suci supaya mengambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis dan menyediakan dokumen yang menunjukkan individu-individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin tersebut.

    2. Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyarakan semua individu yang akan melancong ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadat umrah atau membuat lawatan ke Dua Masjid Suci supaya mengambil suntikan vaksin dan menyediakan dokumen yang menunjukkan individu-individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin-vaksin berikut:
  1. SARS-COV-2 (COVID-19) yang terkini.
  2. Seasonal Influenza.
  3. Lain-lain vaksin yang boleh mencegah penyakit seperti Measles, Mumps and Rubella (MMR), Chickenpox dan sebagainya (Campak, Mumps dan Rubella (MMR), Cacar dan sebagainya)

"HEALTH REQUIREMENTS AND RECOMMENDATIONS FOR TRAVELERS FOR UMRAH AND VISIT 1446H/2025"

Attachments