Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

POSTMORTEM BERSAMA SYARIKAT PENGENDALI PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1440H/2019M

BERAKAS, Selasa, 8 Oktober 2019 - Jabatan Urusan Haji telah mengadakan postmortem bersama empat syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang beroperasi pada musim haji tahun 1440H/2019M di Bilik Kuliah 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Postmortem Syarikat.jpg

Postmortem diadakan bertujuan untuk menilai semula pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji negara disamping usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada yang lebih baik.

Postmortem dipengerusikan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Urusan Haji selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1440H/2019M. Hadir sama di postmortem tersebut ialah Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Pengurus Operasi Straits Central Agencies Sendirian Berhad, wakil dari Raudah Al-Amin Sendirian Berhad dan At-Taqwa Travel Sendirian Berhad, Ketua dan Penolong Pejabat Urusan Jemaah Haji Perubatan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Urusan Haji.

Postmortem Syarikat 2.jpg

Pihak syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji pada umumnya telah menyatakan bahawa pengurusan dan perkhidmatan haji pada musim haji tahun 1440H/2019M yang lalu adalah lebih baik berbanding tahun lepas. 

Attachments