Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERSIDANGAN NADWAH URUSAN HAJI ASIA TENGGARA (NUHAT) DAN MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-36 BAGI MUSIM HAJI 1441H/2019M

BERAKAS, Khamis, 21 November 2019M – Seramai dua (2) orang peserta Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia pagi tadi bagi menghadiri jemputan Persidangan Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara (NUHAT) yang akan diadakan pada 21 November 2019 dan seterusnya Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-36 yang akan diadakan  pada 22 dan 23 November 2019 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

MUZAKARAH HAJI 1441H - 2.JPG

Dua (2) orang wakil Kementerian Hal Ehwal Ugama yang akan menghadiri jemputan tersebut ialah Awang Haji Abdul Rahman bin Matzin, Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji dan Awang Haji Mohd Hisham bin Awang Haji Maidin, Pegawai Pelajaran Ugama.

Turut diundang ke acara tahunan peringkat antarabangsa tersebut ialah wakil-wakil negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja.

Tema acara Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-36 Musim Haji 1441H yang akan diadakan di Selangor Darul Ehsan, Malaysia bagi tahun ini ialah “Memperkukuh Kemabruran Ibadat Haji”. Lima tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan sepanjang muzakarah tersebut ialah “Fiqh Pesakit Dalam Ibadat Haji”, “Hukum Tawaf Wada’ Ziarah Taif dan Solat Berimamkan Masjidil Haram di Anjung Tinjau Menara Jam”, “Permasalahan Hukum Dalam Masa Ibadat Haji 1440H”, “Pandangan Dari Segi Istitho’ah (Kemampuan menunaikan Haji) bagi warga lanjut usia” dan “Memperkukuh Akidah Dan Kerohanian Dalam Ibadat Haji”.

Attachments