Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENGHANTARAN JEMAAH HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1442H / 2021M

Sabtu, 08 Zulkaedah 1442H bersamaan 19 Jun 2021M-Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan sokongan Majlis Ugama Islam Brunei yang bersidang pada hari Isnin, 22hb Sya’ban 1442H bersamaan 05 April 2021M untuk menangguhkan penghantaran Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1442H/2021M ini.

Ketetapan ini dibuat berdasarkan masih ada kekhuatiran berhubung keadaan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini.

Tegahan untuk menunaikan ibadat Haji daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini wajiblah dipatuhi oleh semua penduduk dan rakyat Negara ini termasuk yang berhasrat untuk berangkat secara persendirian sama ada dari dalam atau luar negeri.


Attachments