Kg Katok, Khamis, 20 Zulkaedah
1442H bersamaan 01 Julai 2021M- Jabatan Urusan Haji telah menerima undangan
dari SUAMP-Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kg Katok untuk menjayakan
Program Ilal Majdi Wal ‘Ula (Program Simulasi Masik Haji 2021) dengan menyampaikan
“Taklimat Manasik Haji” bagi pelajar Tahun 10 sekolah tersebut oleh Yang Mulia,
Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan
Urusan Haji di Dewan Serbaguna, SUAMP-Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Objektif program tersebut ialah
sebagai nilai tambah ataupun pengetahuan tambahan bagi para pelajar dan pelajar
dapat meneguhkan lagi pemahaman mereka dalam matapelajaran berhubung dengan
haji melalui taklimat tersebut.
