Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SYARIKAT-SYARIKAT PENGENDALI PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA UMRAH ARAB SAUDI DAN SYARIKAT-SYARIKAT PENGENDALI PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI

Sabtu, 11 Sya’ban 1444H bersamaan 04 Mac 2023M-Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa pada masa ini sebanyak lapan (8) buah syarikat yang berdaftar di Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah menggunakan Visa Umrah Arab Saudi bermula dari tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah. Syarikat-syarikat berkenaan adalah seperti berikut:

1.1. Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd.

1.2. Syarikat Straits Central Agencies Sdn. Bhd.

1.3. Syarikat Raudah Al-Amin Sdn. Bhd.

1.4. Syarikat Continental Yachting Sdn. Bhd.

1.5. Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd.

1.6. Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.

1.7. Syarikat Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.

1.8. Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak lima belas (15) buah syarikat yang berdaftar di Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2023 Masihi. Syarikat-syarikat berkenaan adalah sepertimana berikut:

2.1. Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd.

2.2. Syarikat Straits Central Agencies Sdn. Bhd.

2.3. Syarikat Raudah Al-Amin Sdn. Bhd.

2.4. Syarikat Continental Yachting Sdn. Bhd.

2.5. Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.6. Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.7. Syarikat Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.8. Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

2.9. Syarikat Az Back to Nature Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.10. Syarikt Al-Baraka Travel Services Sdn. Bhd.

2.11. Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd.

2.12. Syarikat El-Abqari Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.13. Syarikat Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.

2.14. Syarikat Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.

2.15. Syarikat Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.

(Senarai Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah Mengikut Kategori Pakej dan Visa sepertimana dilampirkan).

3. Dimaklumkan juga bahawa senarai terkini syarikat-syarikat yang dibenarkan untukmengendalikan perkhidmatan Pakej Haji, Pakej Umrah menggunakan Visa Umrah Arab Saudi dan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bolehlah disemak melalui laman web rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama (kheu.gov.bnFacebook (Kementerian Hal Ehwal Ugama) atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji melalui talian: 2384478 dan emel: (juh.kheu@mora.gov.bn).

4. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat haji atau umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan tersebut.

5. Seterusnya, Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah Menggunakan Visa Umrah Arab Saudi dan Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasamenjaga kemaslahatan serta kesejahteraan jemaah. Jabatan Urusan Haji tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas syarikat-syarikat yang melanggar syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah  ditetapkan.​


Attachments