Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENERBANGAN KEDUA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Isnin, 16 Zulkaedah 1444H bersamaan 05 Jun 2023M–Penerbangan Kedua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4203. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 1:40 petang waktu tempatan.

Penerbangan membawa sejumlah 254 orang bakal jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB) dan Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.

Bagi penerbangan Kedua ini, seramai 208 orang bakal jemaah haji, iaitu 90 orang lelaki dan 118 orang perempuan mengikuti Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd.  Manakala At-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd. membawa seramai 43 orang bakal jemaah haji iaitu 23 orang lelaki dan 20 orang perempuan.

Turut mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan Kedua tersebut ialah tiga (3) Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan).

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan.

Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali,  Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi Ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah serta penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Zulkifli bin Haji Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas.  Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh.​

0000000005.6.2023 PENERBANGAN KEDUA 4.jfif

0000000005.6.2023 PENERBANGAN KEDUA 2.jfif

0000000005.6.2023 PENERBANGAN KEDUA 7.jfif

0000000005.6.2023 PENERBANGAN KEDUA 5.jfif

Attachments