Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1444H / 2023M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Selasa, 17 Zulkaedah 1444H bersamaan 06 Jun 2023M–Penerbangan Ketiga bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4205. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 1:40 petang waktu tempatan.

Penerbangan membawa seramai 254 orang bakal jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) dan Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. (DSSB).

Pada penerbangan Ketiga ini, seramai 251 orang bakal jemaah haji, iaitu 115 orang lelaki dan 136 orang perempuan mengikuti Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd.

Turut mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan Ketiga tersebut ialah tiga (3) orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan).

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan.

Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam;

Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali,  Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, para pengarah serta penolong pengarah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas.  Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh.​

0000000006.6.2023 PENERBANGAN KETIGA 4.jfif

0000000006.6.2023 PENERBANGAN KETIGA 5.jfif

0000000006.6.2023 PENERBANGAN KETIGA 6.jfif

0000000006.6.2023 PENERBANGAN KETIGA 9.jfif

Attachments