Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH BAGI TAHUN 1445H/2023M

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

 

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Kursus Asas Haji dan Umrah bagi Tahun 1445H/2023M.  Kursus akan dikendalikan sebanyak 6 (enam) sesi di (8) lapan buah masjid yang terpilih di seluruh Negara bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sebagaimana keterangan berikut:

Tarikh Kursus:

24hb September 2023M

01hb, 08hb, 15hb, 22hb, dan 29hb Oktober 2023M.

Tempat Kursus:

Daerah Brunei dan Muara:

•Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop

•Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong

•Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri,  dan

•Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampong Rimba

Daerah Tutong:

•Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Daerah Belait:

•Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

•Masjid Zainab, Lumut

Daerah Temburong:

•Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti Kursus tersebut pada tarikh-tarikh, masa dan tempat-tempat yang dinyatakan di atas.​


Attachments