Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN RESOLUSI MUZAKARAH PENGKURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH TAHUN 1445H/2024M

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN RESOLUSI MUZAKARAH PENGKURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan Berakas, Rabu, 05 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024-Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah petang tadi mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Resolusi Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji dan Umrah Tahun 1445H / 2024M bertempat di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, yang juga menyampaikan ucapan dan sijil kepada para peserta Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji dan Umrah Tahun 1445H/2024M.

Turut hadir di majlis tersebut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap [Pentadbiran dan Kewangan] Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd.Karim;  dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap [Dasar dan Keugamaan] Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

Terdahulu, pada sebelah pagi tadi telah diadakan Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji dan Umrah Tahun 1445H / 2024M dengan dihadiri oleh 122 peserta terdiri daripada tenaga-tenaga pengkursus Ibadat Haji dan Umrah dan penyelia-penyelia kursus yang dilantik, guru-guru sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah menengah, pembimbing-pembimbing saudara baru (Muallaf) Pusat Da'wah Islamiah, para pegawai masjid serta pembimbing Haji dan Umrah daripada syarikat-syarikat pengendali pakej Haji dan Umrah.

Tujuan Muzakarah antara lainnya adalah untuk menyelaras hukum hakam berkaitan Haji, Umrah dan Ziarah di kalangan guru-guru pengkursus, selain menyebarluas, menambah dan memantapkan ilmu-ilmu Manasik Haji bagi tenaga-tenaga pengajar, pembimbing-pembimbing saudara baru (Muallaf), imam-imam masjid serta pembimbing-pembimbing syarikat pakej Haji dan Umrah.

Di samping pembentangan kertas kerja, taklimat pengurusan Haji juga disampaikan bagi tujuan memberikan penerangan mengenai Haji Negara Brunei Darussalam dan gambaran dan situasi sebenar dan terkini di Tanah Suci terutama di Padang 'Arafah dan Mina seperti menjelaskan tentang perkhidmatan, pengurusan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan di Arab Saudi dan juga syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan Haji dan Umrah serta apa jua dasar peraturan yang telah dietapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.








Attachments