Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

KURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/2024M

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji dan Umrah bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M sebanyak 10 (Sepuluh) sesi setiap hari Jumaat dan Ahad di ( 8 ) lapan buah sekolah Ugama dan Arab yang terpilih di seluruh Negara bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi sebagaimana keterangan berikut:​


Tarikh-tarikh Kursus Ibadat Haji dan Umrah adalah seperti berikut :

1. Jumaat 14 Rejab 1445 26 Januari 2024

2. Ahad 16 Rejab 1445 28 Januari 2024

3. Jumaat 21 Rejab 1445 02 Februari 2024

4. Ahad 23 Rejab 1445 04 Februari 2024

5. Jumaat 06 Sya'ban 1445 16 Februari 2024

6. Ahad 08 Sya'ban 1445 18 Februari 2024

7. Ahad 15 Sya'ban 1445 25 Februari 2024

8. Jumaat 20 Sya'ban 1445 01 Mac 2024

9. Ahad 22 Sya'ban 1445 03 Mac 2024

10. Jumaat 27 Sya'ban 1445 08 Mac 2024

 

Tempat Kursus:

Daerah Brunei dan Muara :-

  • Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 1, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kg. Mulaut.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Kg. Berakas.
  • Sekolah Ugama Sungai Besar, Kg. Sungai Besar.

 

Daerah Belait :-

  • Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kuala Belait.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah Pekan Seria, Kuala Belait.

 

Daerah Tutong :-

  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong.

 

Daerah Temburong :-

  • Sekolah Persediaan Arab Bangar Temburong.

 

Sehubungan dengan itu, semua bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi tahun 1445H/2024M adalah dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat -pusat kursus yang telah ditetapkan.


Attachments