Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Perundangan Islam

UNIT PERUNDANGAN ISLAM

Misi Unit Perundangan Islam
  1. Meningkatkan kualiti dan proses penggubalan dan penyesuaian undang-undang negara serta nasihat perundangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya; dan
  2. Meningkatkan kualiti pendakwaan Syar'ie ke arah membantu negara dalam menzahirkan keadilan kepada masyarakat umum, dengan lebih cekap, titih, lutanan, bersistematik dan profesional berdasarkan Hukum Syara', Perlembagaan Negara, undang-undang dan dasar-dasar kerajaan.

SEJARAH PENUBUHAN


 
PETIKAN TITAH: 
Ke Arah Penubuhan Jawatankuasa Mensesuaikan Undang-Undang

 
“… Apa yang perlu dibuat oleh Majlis Ugama Islam ialah untuk melantik sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari pegawai2 ugama dan peguam2 dari Jabatan Peguam Negara serta seorang dua yang mahir mengenai dengan ‘adat resam dan kebudayaan Negeri Brunei. Pada masa ini terdapat ramai pegawai2 ugama yang terdiri dari anak2 tempatan yang telah lulus dari University Al-Azahar dalam bidang pengajian Ugama Islam dan mereka ini seharusnya matang dalam bidang Undang2 Islam dan dapat memberi cadangan bagi meminda undang2 yang ada sekarang untuk diselaraskan dengan Undang2 Islam, sesuai dengan keadaan Negeri Brunei dan ‘adat serta kebudayaan orang melayu Brunei yang telah kita warisi sejak berkurun2 lamanya yang tidak bercanggah dengan kehendak2 Ugama Islam.” 

 
Petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Warkah 
bil: HHPO 14/1965 bertarikh 05hb. Disember, 1979
 
21hb. Januari, 1980: PENUBUHAN JAWATANKUASA MENSESUAIKAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHENDAK UGAMA ISLAM
Tujuan penubuhan adalah Bagi mengkaji dan mensesuaikan Undang-Undang Brunei dengan kehendak Ugama Islam.
 
1hb. Mac, 1988 
Telah didatangkan seorang Pakar Perundangan Islam dari Negara Pakistan iaitu Yang Mulia Dato Seri Laila Jasa Prof. Dr. Anwarullah

 
TAHUN 1988: PENUBUHAN UNIT UNDANG-UNDANG

Pengerusi:
Kadi Besar Brunei

Ahli-Ahli:
Pakar Perundangan Islam
Wakil Peguam Negara
Pegawai Ugama (Setiausaha)

 FUNGSI & PERANAN
1. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada penggunda di Unit Perundangan Islam
2. Menyediakan maklumat mengenai undang-undang Islam dan yang berkaitan dengan tepat dan berkesan kegunaan Unit Perundangan Islam
3. Menyediakan bahan-bahan mengenai undang-undang Islam dan yang berkaitan samada dari dalam dan luar negeri.