Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTabung Dana Pembinaan Masjid

Tabung Dana Pembinaan Masjid.png
TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID 
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



PENDAHULUAN

Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam. Ini adalah satu peluang besar yang amat bermakna bagi umat Islam di Negara ini untuk sama-sama bertanam saham di akhirat.

Untuk membangun sebuah masjid umpamanya akan memerlukan peruntukkan yang sangat besar yang belum tentu dapat dilakukan orang orang ramai, namun dengan adanya Tabung Dan Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam ini setentunya akan memberikan peluang seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama membangun masjid tidak kira berapa pun jumlah yang didermakan.


SEJARAH PENUBUHAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan Titah semasa keberangkatan Baginda ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1436H/2015M pada 11 Rejab 1436 bersamaan 30 April 2015 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam, antara lain Baginda  telah mengurniakan Titah berikut :

“Sukacita memaklumkan disini bahawa Beta telahpun memperkenankan Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid dengan mengikut kaedah dan peraturan yang diperuntukkan mengenainya. Tabung Dana ini akan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala kerana membina masjid,  ia akan berlaku secara konsisten sebagai satu peluang keemasan bagi orang-orang Islam untuk bertanam saham di akhirat, saham itu sifatnya unik  sehingga tidak terjangkau oleh akal, Manakala Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya “Barangsiapa membina masjid kerana Allah sekali pun hanya seperti sarang burung, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam Syurga”

Inilah janji Allah Subhanahu Wata’ala kepada orang-orang yang membina masjid dan adapun Tabung Dana yang ada ini Insha-Allah akan memungkinkan kita orang-orang Islam di Negara ini untuk berkongsi harapan bagi memperolehi janji tersebut. 

Adalah Beta difahamkan semua kutipan yang terkumpul akan dimanafa’atkan sebaiknya untuk membina masjid baru termasuk seperti memperbaiki masjid yang sedia ada dan sebagainya. 

Namun dalam pada itu tanggungjawab kerajaan dalam perkara membina dan mengurus masjid adalah tetap berjalan sebagaimana biasa.”


MAJLIS PELANCARAN 

Majlis Pelancaran Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam, telah diadakan pada hari Khamis, 17 Sya’ban 1436H bersamaan 04 Jun 2015, bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.


DASAR / TUJUAN PENUBUHAN 

-   Untuk memberi peluang kepada orang ramai di Negara ini khasnya umat Islam untuk sama-sama bertanam saham 
    serta dapat turut menikmati manfaat akhirat yang sangat-sangat dihajati.

-   Hasil kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam akan digunakan bagi membina masjid 
     yang baru, membaik pulih dan menambah bangunan masjid dan keperluannya.

-   Bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan kerajaan yang sedia ada berhubung penyediaan peruntukkan dan 
     dana masjid khususnya dalam perkara pembinaan, penambahan dan pemeliharaannya kerana ia tetap menjadi  
     tanggungjawab kerajaan.


URUSETIA TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam kali Ke-Tiga (III) tahun 1435/2014,  yang bersidang pada hari khamis 18 Jamadilawal 1435H bersamaan dengan 20hb Mac 2014, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diamanahkan untuk menjadi Urusetia bagi Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam.


PENUBUHAN JAWATANKUASA 

-   Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam dikawal di bawah peruntukan Akta 
     Majlis Ugama Islam Mahkamah

-   Mahkamah Kadi Penggal 77, manakala satu Jawatankuasa Khas Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei 
    Darussalam telah ditubuhkan bagi memandu dasar dan perjalanan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid ini, iaitu 
    “Jawatankuasa Pengutipan Dan Pengeluaran Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam”.

-   Setelah Perintah Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid ini siap disediakan, maka barulah akan menggunakan Perintah 
     Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid dan seterusnya akan ditubuhkan Lembaga Pemegang Amanah bagi 
     menggantikan Jawatankuasa berkenaan.

-   Adapun diantara fungsi jawatankuasa sementara tersebut adalah seperti berikut:-

    >   Menyemak dan meneliti cadangan projek Tabung Dana daripada Urusetia,

    >   Meneliti cadangan belanjawan Tabung Dana,

    >   Menyemak dan meneliti laporan Urusetia mengenai perjalanan projek pembinaan masjid,

    >   Menghadapkan apa jua jumlah bayaran yang diperlukan bagi apa jua perkara yang berkaitan dengan Tabung Dana.


STICKER ATAU LOGO TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

Merujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam bahawa logo Tabung Dana bagi Pembinaan masjid, Negara Brunei Darussalam:

Tabung Dana Pembinaan Masjid.png

Logo khas Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam hanya digunakan dalam bentuk sementara sahaja sehingga ada satu ketetapan logo kekal.


MEKANISMA PENGUTIPAN 

-   Mekanisma kutipan bagi mengutip Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid ini akan dilakukan dengan cara sukarela 
     sahaja.

-   Bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan ke Tabung Dana Pembinaan Masjid Negara Brunei 
    Darussalam, beberapa mekanisme kutipan telah diujudkan yang dilakuan secara sukarela sahaja atau seangkat-angkat 
    hati tanpa dihadkan jumlah minima iaitu dengan cara-cara berikut :

    >   Pemotongan wang melalui Arahan Tetap kepada bank ke atas akaun penyumbang ( Standing Order Contributions )
    >   Sumbangan Wang Ringgit melalui kemasukan terus ke Akaun Tabung Dana Pembinaan Masjid ( Direct Walk-in 
          Contributions )
    >   Menyerahkan sumbangan terus di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
    >   Pledging (Penyataan Ikrar)
    >   Perletakkan Tabung-Tabung Dana di tempat-tempat tertentu seperti masjid dan bangunan tertentu.
    >   Perkhidmatan SMS.
    >   Pemotongan gaji bagi Pegawai dan kakitangan kerajaan.

-   Kutipan melalui pemotongan gaji akan dibuat bagi kakitangan kerajaan dan GLC sahaja, dan jumlah minima untuk 
     setiap sumbangan adalah dengan jumlah $2, adapun jumlah sumbangan yang lebih daripada $2 itu adalah dialu-
     alukan.

-   Semua hasil kutipan yang diterima akan dimasukkan ke dalam satu Akaun Khas Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid 
    Negara Brunei Darussalam samada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Perbadanan Tabung amanah Islam 
    Brunei (TAIB).


PENCAPAIAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

-   Dimaklumkan Mekanisma Kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid ini dilakukan dengan cara sukarela sahaja.

-   Kaedah-kaedah  kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam ini dilaksanakan seperti 
     berikut:

     >   Pemotongan wang melalui Arahan Tetap kepada bank ke atas akaun penyumbang (Standing Order Contributions).
     >   Sumbangan Wang Ringgit melalui Kemasukan terus ke Akaun Tabung Dana Pembinaan Masjid (Direct Walk-in 
           Contributions).
     >   Menyerahkan sumbangan terus di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal ugama.
     >   Pledging (Penyataan Ikrar).
     >   Perletakan Tabung-tabung Dana di tempat-tempat tertentu seperti masjid dan bangunan tertentu.
     >   Perkhidmatan SMS.
     >   Pembelian Kupon.

-   Setelah Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam dilancarkan, beberapa kaedah kutipan telah 
     dapat dilaksanakan diantaranya adalah seperti berikut:

     >   Sumbangan wang melalui kemasukan terus ke akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei 
           Darussalam (Direct Walk-In Contributions).
     >   Kaedah ini dilaksanakan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melaui sistem “Online Banking”, “Cash Deposit 
           Machine” dan penyerahan sumbangan ke kaunter-kaunter bank.
     >   Manakala Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) hanya menyediakan perkhidmatan Cash Deposit Machine dan 
           penyerahan ke kaunter-kaunter bank sahaja.
     >   Pemotongan wang melalui arahan Tetap kepada bank ke atas akaun penyumbang (Standing Order Contributions).
     >   Kaedah ini dilaksanakan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
     >   Menyerahkan sumbangan terus ke Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Masjid melalui kaunter yang 
           dibukakan.
     >   Penerimaan wang sumbangan secara tunai daripada orang ramai akan dikeluarkan resit dengan menggunakan 
           resit rasmi Majlis Ugama Islam Brunei.
     >   Perletakkan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam di masjid-masjid, surau dan balai 
           ibadat seluruh negara.


RANCANGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KEWANGAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

-   Projek pertama yang dibina menggunakan peruntukkan kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara 
    Brunei Darussalam ialah Masjid Kampong Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara dengan kos pembinaan menelan 
    belanja sebanyak $3.56 juta.

-   Sebagai perancangan awal, Urusetia Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam telah membuat 
     anggaran kutipan tabung dana bagi tempoh 5 tahun mendatang (2018-2023) iaitu dengan mengambil kira simulasi 
     gambaran mekanisma kutipan seperti yang dinyatakan tadi, Insha Allah sebanyak $18 juta akan dapat dikumpulkan 
     dengan dengan purata pendapatan tahunan sebanyak $3 juta.

-   Berdasarkan anggaran jumlah kutipan secara keseluruhan bagi tempoh 5 tahun tersebut, dijangkakan sebanyak 04 
     (empat) ke 05 (lima) buah masjid baru akan dapat dibina manakala sebanyak 06 (enam) buah masjid untuk projek 
     penambahan dan 04 (empat) buah masjid untuk projek membaikpulih. 
     
     Cadangan senarai masjid telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid 
     Negara Brunei Darussalam dan hasil keputusan mesyuarat akan di bawa ke persidangan Majlis Ugama Islam Brunei 
     untuk ketetapan sebelum di sembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda 
     Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

-   Insha Allah, sebuah lagi masjid baru akan dibina iaitu Masjid Kampong Bukit Panggal Daerah Tutong dengan 
    anggaran peruntukan sebanyak 2-3 juta berkapasiti 500-600 orang jemaah, pembinaan ini merupakan projek kedua 
    yang dibiayai melalui kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam.


STATISTIK PENGUTIPAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


GAMBAR-GAMBAR STATISTIK DISIMPAN DI RUANGAN INI





GAMBAR-GAMBAR MASJID KAMPONG TANJONG BUNUT


IMG_0292.JPG  IMG_0393.JPG

IMG_0330.JPG